Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Bendera atau nama ringkasnya SK Ladang Sungai Bendera, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Wdt 22 Kinabatangan. Sekolah ini mempunyai tenaga guru seramai 14 orang guru dan 2 orang KTBM.
Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah pedalaman 1 dalam daerah kinabatangan. Perjalanan masuk laluan utama ke sekolah melalui jalan darat dan air. Perjalanan masuk ke sekolah dari sandakan mengambil 5 jam melalui jalan darat bergravel 60-70km dari simpang Joroco.
Manakala jalan air mengambil masa 3 jam kerana ia boleh menyeberangi sungai kinabatangan yang tekenal di kinabatangan, sabah dengan menaiki feri.
Bagi ke PPD kinabatangan melalui Sukau mengambil 2 jam 30 minit. manakala melalui jalan Joroco mengambil masa 3 jam lebih. Bagi pekan terdekat adalah berdekatan dengan lahad datu.
Cabaran utama bagi guru-guru disini adalah sumber kemudahan seperti air bersih dan elektrik yang terhad. Namun kami tabah disini demi mendidik anak-anak di kawasan pedalaman seperti kami disini.
Yang penting kami terus berbakti disini semampu yang boleh dan kekal selama yang mungkin...